January 15, 2009

Tips mencari Jodoh !

Posted in PETUA tagged , , , at 7:25 am by mrsriena

Hai, Sudah lama saya tidak menulis, maafkan saya kerana kesibukan bersama keluarga dan kerjaya sedikit sebanyak menghalang saya. Apa pun saya tetap menjanjikan yang terbaik buat anda. Statistik blog ini menunjukkan lebih 100 orang yang masuk dan membaca setiap hari. Ini sudah tentu membanggakan saya untuk terus lebih bersemangat menulis dan ebrkongsi dengan anda!

 

Topik kali ini adalah JODOH…Apa agaknya petua mencari Jodoh? Jom layan..

Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks, yang beliau rasakan adalah cinta abadinya. Filem itu juga membuktikan yang perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun
“posmen”. Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.


Kehidupan seharian kita juga tidak banyak bezanya, berikut adalah beberapa
cara untuk bertemu, mendapat atau berkenalan dengan calon idaman kalbu.

1. Minta ibubapa carikan calon pasangan hidup
Bincang dengan ibubapa dan beritahu mereka tentang ciri-ciri wanita atau
suami yang anda ingini. Tetapi pastikan mereka tidak menabur janji sebelum
mendapat persetujuan anda.

2. Minta bantuan rakan-rakan
Beritahu rakan-rakan bahawa anda sedang mencari calon yang sesuai supaya
mereka boleh memperkenalkan kenalan yang mereka rasa sesuai dengan
personaliti anda.

 

3. Mencari peluang di tempat kerja
Apa kata jika anda berkenalan dengan rakan sekerja tapi jangan sampai
dikenali sebagai Romeo pula. Kadang-kala rakan semasa makan tengahari pun
boleh bertukar menjadi teman sehidup semati.

4. Sertai Pelbagai Aktiviti
Rajin-rajinlah berjogging di tasik ataupun sertai organisasi yang
menganjurkan aktiviti kesukaan anda. Jika anda gemar berkayak, masuklah
persatuan berkayak tempatan. Kemungkinan besar anda boleh berkenalan dengan
pasangan yang berkongsi minat yang sama. 

5.Bergaul di Laman Web Cari Jodoh di Internet.

Saya cadangkan anda mencuba web dibawah, ia adalah percuma. Anda hanya perlu mendaftar semudah mendaftar di Friendster! Dapatkan kenalan secara serius dari Negara kita sendiri atau seluruh dunia ! Jangan mendaftarkan diri anda sekiranya anda belum bersedia untuk bergaul bersama teman baru yang sangat serius mahukan kenalan! Diana Danille juga mendaftar di sana! Cubalah yang baru..Hanya klik link dibawah dan mendaftar secara percuma. Semudah A B C…

Go on, make yourself happy - have an affair!

 

6. Kenalan Keluarga
Ramai juga yang berkahwin dengan orang yang dahulunya sering berkunjung ke
rumah semasa anda masih hingusan lagi. Abang atau kakak tentu dapat
memperkenalkan anda kepada rakan-rakan mereka. Lihat sahaja Amy Mastura yang
telahpun selamat berkahwin dengan abang kepada rakan baiknya semasa di
sekolah dahulu.

7. LRT
Anda mungkin tidak percaya… tetapi saya sering memerhatikan orang yang
turun naik LRT. Setiap hari anda mungkin akan bertemu dengan orang yang
sama. Tiada salahnya jika anda menegur sapa sekadar berkenalan. Cubalah.
Mungkin anda bernasib baik.


Lost that Spark? Find it HERE

8. Hubungi Rakan Lama
Mungkin semasa bersekolah anda ada meminati seseorang. Tiada salahnya jika
anda kembali aktif di majlis alumni dan mula menghadiri reunion yang
diadakan. Manalah tahu, jika ada diantara ‘seniors’ atau ‘juniors’ yang
meminati anda semasa dahulu akan melakukan perkara yang sama. Sudah tentu
anda dapat berkongsi pengalaman lucu bagaimana bergayanya anda apabila
berambut panjang serta berseluar senteng gaya seorang “rockers” dahulu.
Pasti riuh-rendah!

9. Dengar Lagu Cinta
Mendengar lagu romantik boleh menaikkan semangat bahawa anda akan berpeluang
untuk jatuh cinta . Ingatkah anda kepada lagu nyanyian Savage Garden yang
bertajuk I Knew I Love You Before I Met You. Lagu itu memberi harapan bahawa
memang ada seseorang yang istimewa untuk setiap orang, cuma persoalannya
ialah samada akan bertemu atau tidak. Saya dan rakan selalunya mendengar di Napster, anda boleh klik banner dibawah dan mendaftar secara percuma sahaja ! Semua lagu yang anda inginkan ada disana! Dari Lagu Melayu, Inggeris dan sebagainya! Kita boleh download seberapa banyak lagu yang kita suka! Tenangkan fikiran dengan muzik pilihan anda..

7-day Free trial of Napster!

10. Berdoa Kepada Tuhan
Setelah menunaikan sembahyang, rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan supaya
kita dipertemukan jodoh. Insyallah jika itu yang terbaik untuk diri kita,
ianya pasti akan berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: