December 21, 2008

Coli Berdawai punca kanser?

Posted in TIPS KECANTIKAN tagged , , , , , , , at 2:52 am by mrsriena

MUNGKIN TOPIK INI AGAK SENSITIF, Tetapi sebagai wanita kita tidak harus malu tentang perkongsian maklumat kesihatan lebih lebih lagi mengenai penyebab-penyebab kanser payudara yang memang menghantui setiap wanita.FENOMENA akibat pemakaian coli berdawai yang dikatakan menjadi punca penyakit kanser payu dara belum dibuktikan mana-mana pakar kesihatan.

Coli berdawai besi dipilih kerana ia mampu mengampu payu dara pemakai dalam usaha menjaga bentuknya supaya tidak mudah ‘jatuh’.

Berdasarkan rekaannya yang teliti, ia antara lain berfungsi menolak tisu payu dara ke atas di samping membentuk lurah serta kepadatan pada bahagian atas.

Menurut Pengurus Pemasaran Avon Cosmetics, Hanim Sahrom, kebanyakan wanita mempunyai pendapat berbeza mengenai jenis coli yang hendak dipakai sama ada jenis berdawai atau sebaliknya.

“Pemilihan jenis coli bergantung kepada cita rasa di samping keselesaan si pemakai. Ia juga bergantung kepada jenis payu dara masing-masing sama ada payu dara posisi normal, posisi berjauhan mahupun rapat.

“Posisi payu dara berjauhan dan terlalu rapat memerlukan pemakaian coli jenis dawai untuk membaiki bentuknya. Ia penting supaya kembali kepada bentuk normal dan kemas pada pakaian luar,” katanya.

Mengenai pemakaian coli berdawai yang didakwa menyakitkan dan tidak selesa, katanya, tujuan rekaan coli berdawai supaya ia dapat memberikan daya mengampu, membentuk di samping menyediakan ruang untuk payu dara.

Pada masa sama, coli berdawai juga dikatakan membantu mencantikkan pemakainya supaya lebih berkeyakinan.

Setiap orang memiliki payu dara berbeza sama ada kecil, normal, padat, lonjong atau berbentuk seperti ‘jam bendul’.

“Dalam kebanyakan jenis, payu dara bentuk padat dan lonjong adalah jenis paling kritikal untuk menggunakan coli berdawai.

“Payu dara padat dan besar, jika tidak diberikan sokongan sempurna sejak awal, mungkin akan menyebabkan pengenduran sebelum waktunya.

“Payu dara jenis lonjong pula memerlukan sokongan coli berdawai untuk sokongan yang baik,” katanya.

Berikut petua memilih coli berdawai:

# Ketahui saiz sebenar anda dengan mempelajarinya.

# Cuba dulu coli sebelum membuat keputusan membeli.

# Lakukan langkah pemeriksaan sendiri ‘coli selesa’ ketika mencuba di bilik persalinan.

# Pilih jenis coli sesuai dengan bentuk dan posisi payu dara (jumpa pakar untuk mendapatkan kepastian)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: