December 14, 2008

Rahsia bau memberangsangkan!

Posted in TIPS KECANTIKAN tagged , , , , , , at 1:30 pm by mrsriena

Penting bagi wanita khususnya bagi menjaga penampilan diri, ingat bau badan juga penting! Bau badan melambangkan diri sebenar seseorang itu.

Berikut adalah tips-tips untuk anda..Jom Layan

Tempat Tidur Yang Wangi

Kebiasaannya wangian yang digunakan dalam produk-produk untuk mencuci pakaian (detergent atau softener) mempunyai bau yang menyamankan. Kaum wanita suka pada bau bunga ros, lily, vanilla dan lavender. Ada baiknya mencari wangian jenis ini dan menyemburkannya sedikit di tempat tidur bagi membangkitkan suasana yang memberangsangkan.

Tubuh Yang Wangi

Walaupun ada orang yang lebih suka jika pasangannya tidak mandi sebelum melakukan seks, secara umumnya mandi sebelum melakukan seks adalah lebih baik dan menyegarkan. Pada masa kini shower gel ataupun sabun yang punya aroma banyak ditawarkan di pasaran. Sebaik-baiknya pilih aroma yang disukai oleh diri sendiri dan pasangan.

Alat Sulit Yang Wangi

Bukanlah satu kemestian untuk meletakkan sedikit minyak wangi pada alat sulit, tapi ia adalah langkah yang bagus, terutamanya bagi kaum wanita yang baru suci dari haid. Terdapat juga produk cairan yang boleh dicampur air dan digunakan untuk membasuh alat sulit ketika buang air kecil. Walaupun ‘bau asli’ tubuh merupakan pembangkit syahwat yang penting, kita tidak tahu mungkin ada bau-bau yang tidak menyenangkan terselit antara bau-bau asli tersebut. Meletakkan wangian pada alat sulit eloklah dilakukan lebih awal, iaitu sekitar sejam dua sebelum melakukan persetubuhan.

KELEBIHAN JENIS WANGIAN

Wangi-wangian mempunyai kesan yang berbeza pada penghidunya. Berikut dicatat kesan-kesan menggunakan wangian jenis tertentu:
WANGIAN TERPAHAT DI INGATAN

Bau Limau Nipis, Lemon atau Citrus dapat mengurangkan rasa letih dan bimbang serta melahirkan perasaan gembira dan tenang. Bau Bunga Ros dan Mawar adalah memberangsangkan, atau meningkatkan keghairahan kepada kaum wanita. Bau Bunga Kenaga juga dapat meningkatkan keghairahan seksual, begitu juga Sandalwood.

Salah satu kelebihan wangian ialah ia akan terpahat dalam ingatan insan yang menghidunya. Maknanya jika anda memakai wangi-wangian bila bersama suami atau isteri, ianya akan menjadi aset yang akan menyebabkan pasangan anda ingat pada saat manis itu. Begitu juga sebaliknya, jika tubuh anda tidak menyenangkan, ianya akan diingat dan akan menjadi antara sebab mengapa pasangan anda tidak begitu gemar untuk bersama.

KESIMPULAN

Bau asli tubuh merupakan bau yang memberangsangkan dengan syarat ianya tidak bercampur dengan bau asing yang bersifat kurang menyenangkan. Jika pun bau asli tubuh bercampur dengan wangian, sebaik-baiknya wangian itu tidaklah terlalu kuat hingga menenggelamkan bau asli tubuh. Wangian yang baik akan bercampur dengan bau asli tubuh dengan kadar yang sederhana, kerana itulah ada pendapat yang menyatakan memadailah mandi menggunakan sabun wangi yang disukai baunya kerana ia adalah wangian yang dianggap tidak terlalu mengganggu bau asli tubuh sendiri dan tubuh pasangan.

 

Herm, satu lagi! untuk wangian semulajadi lagi menjimatkan di bilik tidur,dapur mahupun dalam kereta, Gunakan daun pandan! Potong 3-4 helai daun pandan, ikatkan kesemuanya dan letak saja di mana yang anda suka. Tunggu selepas 2-3 hari, aroma yang wangi dari pandan akan membuatkan anda berasa lebih selesa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: