December 14, 2008

Makanan Menceriakan?

Posted in TIPS KESIHATAN tagged , , , , at 1:39 pm by mrsriena

Adakah anda sering berasa tertekan? Tahukah anda bahawa makanan boleh mambantu untuk mengurangkan tekanan anda? Percayakah anda ia juga mampu membawa ketenangan.

Ya! Makanan mempunyai ‘keajaiban’ yang bukan sahaja boleh meningkatkan prestasi harian anda dan mententeramkan perasaan, malah dapat membantu anda mengatasi kebuntuan. Mengapa? Apakah ‘keajaiban’ itu? Wujudkah ‘keajaiban’ itu?

Makanan mempunyai pelbagai nutrien seperti makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien yang terkandung dalam makanan adalah seperti karbohidrat, protien dan lemak manakala mikronutrien pula merujuk kepada pelbagai jenis vitamin dan mineral. Nutrien-nutrien ini mempunyai fungsi tersendiri yang penting dalam metabolisma badan dan pengawalan aras hormon-hormon di dalam badan. Nutrien-nutrien inilah yang merupakan ‘keajaiban’ makanan.

Karbohidrat, protien, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, folat dan kalsium mempunyai peranan penting yang boleh mempengaruhi perembesan hormon dalam badan, seterusnya mempengaruhi ‘mood’ (emosi) seseorang.

Di dalam badan kita, serotonin merupakan netrotransmiter yang disintesis daripada triptofan, sejenis asid amino yang boleh diperolehi daripada makanan. Netrotransmiter merupakan bahan kimia yang menghantar masej dari satu sel saraf kepada sel saraf yang lain. Serotonin memainkan peranan penting dalam fungsi psikologi otak. Peranan psikologi serotonin termasuk kawalan emosi, kawalan impuls dan keupayaan berfikir. Kekurangan serotonin boleh membawa kepada kebimbangan dan kegelisahan seseorang.

Semasa kita memakan makanan yang tinggi karbohidrat, badan kita akan merembeskan insulin. Insulin ini membantu untuk ‘meyingkirkan’ asid-asid amino dari saluran darah. Namun demikian, insulin tidak mempunyai sebarang tindak balas ke atas triptofan. Jesteru itu, triptofan boleh sampai ke otak tanpa sebarang halangan. Dengan itu, triptofan boleh disintesis untuk membentuk serotonin yang mencukupi seterusnya mengurangkan kebimbangan dan kegelisahan yang berlaku.

Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan Vitamin C di dalam badan, oleh itu kita hanya boleh memperoleh Vitamin C melalui pemakanan kita. Vitamin C bukan sahaja dapat meningkatkan daya imunisasi badan, malah memainkan peranan penting dalam sintesis norepinefrin iaitu sejenis neurotransmiter yang bertanggungjawab ke atas otak dan seterusnya mempengaruhi perubahan emosi. Vitamin C juga boleh mengurangkan ketegangan jiwa.

Vitamin B kompleks seperti folat, B6 dan B12 turut memberi sumbangan dalam mengurangkan kemurungan seterusnya memberi ‘mood’ yang baik kepada seseorang. Folat berfungsi untuk mengawal aras homosistin. Aras homosistin yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya kemurungan. Vitamin B6 pula bertanggungjawab ke atas sintesis serotonin.

Selain itu, kalsium juga boleh mengurangkan ketegangan jiwa dan kemurungan serta mengurangkan simptom sindrom pra-haid.

1. Roti penuh mil dan kentang
Nikmatilah roti dan kentang! Anda pasti berasa lega dan ceria berbanding dengan mereka yang suka menikmati makanan yang berlemak. Roti dan kentang merupakan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Kentang juga kaya dengan triptofan.

2. Susu rendah lemak
Wanita digalakkan untuk minum susu rendah lemak kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan kemurungan dan kegelisahan terutamanya menjelang sindrom pra-haid. Susu rendah lemak kaya dengan kalsium dan triptofan. Segelas susu rendah lemak boleh menyenangkan hati anda.

3. Labu
Labu merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B6. Jesteru itu, labu dapat menceriakan anda dan memberi ‘mood’ yang baik.

4. Bayam
Bayam kaya dengan folat yang dapat membantu untuk mengurangkan kegelisahan dan tekanan jiwa. Kebanyakan sayuran hijau merupakan sumber folat yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: